HUTAN MELINTANG: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Barisan Nasional (BN) memperjuangkan nasib semua rakyat dalam setiap masa, tanpa bermusim.

Menurut beliau, rakyat sendiri boleh menilai jasa dan sumbangan BN yang telah banyak membawa pembangunan kepada negeri dan negara.

‘Kita kerajaan Barisan Nasional menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk bantuan kuil-kuil masyarakat India dan sebagainya.

“Itu adalah antara kerja yang kita lakukan selama ini, bukan hanya untuk tujuan sewaktu ada pilihan raya semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perjumpaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama masyarakat India di Dewan Sanmarka Sangam, Hutan Melintang pada Jumaat.

Menurut Dr Zambry, dengan adanya perkhidmatan terbaik yang diberikan oleh kerajaan BN segala permasalahan rakyat dapat diselesaikan dengan lancar.