Subscribe Now

Trending News

Boy Iman Direman Lagi
Nasional

Boy Iman Direman Lagi 

AMPANG JAYA – Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Norul­iman A. Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman direman dua hari bermula hari ini dan esok bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah di daerah ini melibatkan syarikat berkaitan dengannya.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Roslan Mohd. Nor ketika bekas pelakon terbabit dibawa oleh pihak polis ke Mahkamah di sini.

Ini bermakna selebriti itu direman buat kali pertama pada tahun ini apabila pernah direman beberapa kali pada tahun lalu atas kesalahan sama.

Boy Iman, 38, direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kerugian beberapa mangsa dalam projek pembinaan rumah banglo. – K! ONLINE

Related posts