Kuala Lumpur, 16 Feb – Perdana Menteri, Najib Razak berkata kerajaan menerima sebanyak 8,277,391 permohonan bagi BR1M dan 5,153,238 permohonan telah diluluskan setakat ini.

Pembayaran pertama pula akan diagihkan bermula 18 Februari ini.

Insya-Allah, bermula 18 Februari, bayaran pertama bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M akan mula diagihkan kepada mereka yang telah memohon dan layak menerimanya.

BR1M adalah antara mekanisme utama penyampaian bantuan subsidi bersasar yang digunapakai bagi menggantikan sistem subsidi pukal sebelum ini yang kurang berkesan dan mengalami banyak ketirisan.

Tambah Najib lagi, baki permohonan yang belum lulus (3,123,950) kini dalam proses dan keputusan akan diumum pada Mac.

Baki permohonan yang belum lulus sebanyak 3,123,950 pula kini berada dalam pemprosesan dan keputusan kelulusan dijangka akan diumumkan pada bulan Mac 2017 kelak.

Dari segi peringkat umur, kumpulan tertinggi diluluskan adalah daripada golongan 21 hingga 30 tahun serta yang berumur 61 tahun dan ke atas. Sebanyak 2,782,799 pemohon akan menerima bantuan RM1200, manakala 243,434 bagi bantuan RM900, dan selebihnya 2,127,005 layak untuk bantuan RM450.” kata Najib menerusi blognya.