MELAKA – Seorang ibu tunggal membuat laporan polis mendakwa anak perempuannya yang berumur enam tahun telah dirogol oleh seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun, lapor The Star.

Adalah sukar untuk dipercayai, namun laporan polis telah dibuat terhadap murid tahun satu itu yang didakwa telah merogol mangsa yang berusia enam tahun. Kes itu juga menimbulkan kebingungan pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, ibu tunggal berumur 30 tahun itu membuat laporan polis pada 20 Julai dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

“Siasatan kes ini hampir selesai,” katanya kepada media semalam.

Wanita terbabit mendakwa anak perempuannya berumur enam tahun mengadu mengalami kesakitan di bahagian kemaluannya selepas pulang dari rumah pengasuh, pada malam 19 Julai lalu.

-Thereporter