IPOH: Pusat Peranginan Bukit Larut dapat mengendalikan hanya 260 pengunjung sehari, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Menurut beliau, antara rancangan menaiktaraf pusat peranginan itu ialah menambah bilangan kenderaan kepada 15 buah di samping meningkatkan bilangan trip.

Menjawab soalan lisan Teh Kok Lim (DAP-Pokok Assam) di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, beliau memberitahu, rancangan menambah trip kenderaan itu daripada empat kepada enam trip sehari menjelang suku tahun ketiga 2018.

Beliau berkata, selain perkhidmatan kenderaan membawa naik turun pengunjung, pusat peranginan itu juga menawarkan perkhidmatan sewaan penginapan banglo dan kafe.