IPOH: Permintaan terhadap bahan-bahan bercetak masih lagi mendapat tempat di hati pembaca meskipun dengan ledakan teknologi digital yang semakin mengambil alih dunia ilmu pada hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata di sebalik perkembangan era e-Book yang kian berkembang buku bercetak masih relevan di kalangan pembaca pada hari ini.

57fac6ec-db2e-4851-a2e6-a440bf7b6b6dMenurut beliau, kemunculan bahan keilmuan dalam bentuk digital sebenarnya masih tidak dapat menggantikan keunikan bahan bacaan dalam helaian kertas apatah lagi di kalanga pencinta buku.

“Pencinta ilmu, penyokong tegar bahan bacaan pasti hingga hari ini masih mendapatkan  bahan bacaan kegemaran mereka dalam bentuk bercetak, kerana nilai kepuasan memegang dan menyelak helaian mukasuat buku-buku tersebut secara fizikal adalah berbeza.

“Sejujurnya, ia tidak dapat dipenuhi dengan kehadiran peranti elektronik atau digital, sehingga hari ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena Majlis Perasmian Pesta Buku Bos Gaurus 2018 di Mydin Mall, Meru Raya, dekat sini pada Jumaat.

Dr Muhammad Amin berkata, antara sebab utama buku bercetak masih menjadi pilihan ramai adalah berikutan ianya memerlukan penguasaan kemahiran pelbagai untuk menggunakan buku-buku digital atau e-Book.

Beliau yang juga merangkap ADUN Batu Kurau itu berkata perkara ringkas seperti memuat turun aplikasi atau melayari sesebuah naskhah dan karya adakalanya bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari atau dinikmati secara mudah ole semua pihak.

“Namun, ketika ledakan e-Book ini meningkat, ini menunjukkan kreativiti dan inovasi generasi kita untuk mempelbagaikan sumber ilmu, kaedah bacaan dan apakah yang kita gemari untuk menimba pengetahua, terpulanglah kepada selera masing-masing untuk menentukannya,”ujarnya lagi.

Katanya, Pesta Buku Bos Gaurus yang berlangsung selama tiga hari dan menghimpunkan pelbagai penerbit dan penulis dari seluruh negara di 54 buah booth merupakan satu platform efektif untuk menanam minat membaca di kalangan anak muda.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa penghargaan kepada Syarikat Jemari Seini dan JS Adiwarna Publications dan Distribution yang menyumbangkan sebanyak 11,376 buah buku bernilai RM238,730.00 kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.

8a0b05c6-270b-4551-90f9-57b496f3185d