IPOH: Sejarah dan kisah lagenda yang berkait dengan gua-gua yang dijadikan tokong oleh kaum Cina di sekitar bandar raya ini diabadikan untuk rujukan dan bacaan umum melalui buku “Trails of the Nanyang Chinese: History and Legends of the Cave Temples in Ipoh of Malaysia.

Buku yang diterbitkan hasil kerjasama antara Unit Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak dan Jabatan Pengajian Tionghua, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Perak.
Pelancaran buku itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir di Tokong Nam Thean Tong di sini, hari ini.

mbc
Yang hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Integrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon dan pengkarya buku itu, Dr. Tan Ai Boay.
“Trails of the Nanyang Chinese: History and Legends of the Cave Temples in Ipoh of Malaysia” merupakan sebuah buku hasil penyelidikan yang telah dijalankan secara praktikal dengan cara melawat 40 buah tokong di sekitar Ipoh selain mengumpul fakta serta bukti sahih yang terdapat di tokong-tokong tersebut.

bdfbfd
Menariknya, para penyelidik lebih menumpukan kepada fakta dan bukti di tujuh buah tokong yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua.
Buku tersebut diterbitkan oleh China Social Press (CSSP) yang merupakan sebuah badan penerbitan ternama di negara China.