KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan memperoleh rasuah membabitkan RM2.8 juta berhubung Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (FELCRA) empat tahun lalu.

Bung Moktar membuat pengakuan itu selepas tiga tuduhan terbabit dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

BUNG Moktar dan isteri hadir di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kuala Lumpur. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Mahkamah kemudian membenarkan Bung Moktar dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan beliau turut diarahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Hakim Rozina turut menetapkan sebutan kes pada 10 Jun ini – Berita harian