KUALA LUMPUR: Datuk Seri Bung Moktar Radin akan meletak jawatan sebagai Pengerusi FELCRA Berhad, hujung bulan ini.

Ia susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sekali gus gagal membentuk kerajaan buat kali pertama dalam tempoh lebih 60 tahun.

“Saya akan menghantar surat peletakan jawatan, Insya-Allah pada hujung bulan ini,” katanya ringkas ketika ditemui di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

Semalam, Majlis Penasihat Kerajaan bertemu dengan pimpinan FELCRA Berhad bagi membincangkan mengenai operasi serta prestasi organisasi itu.

Bagaimanapun, ia tidak menyentuh kedudukan Ahli Parlimen Kinabatangan itu selaku pengerusi agensi terbabit – berita harian