Oleh:Nazialita Geynna Maharan

SITAWAN: Seorang lelaki dipercayai mabuk nekad menembak rakannya hingga mati sebelum membunuh dirinya sendiri dalam satu kejadian tembak di hadapan sebuah kedai makan di Kampung Koh, Sitiawan, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu, suspek dipercayai sedang minum bersama mangsa berusia 66 tahun di sebuah restoran berhampiran Kampung Koh sebelum berlaku pertelingkahan di antara mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, saksi yang berada di tempat kejadian melihat suspek melepaskan tembakan ke di bahagian kelangkang mangsa secara tiba-tiba.

Suspek kemudiannya melepaskan beberapa lagi tembakan ke arah mangsa sehingga maut, katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut polis telah mendapati kenderaan mangsa jenis Toyota Fortuner berhampiran sebuah rumah kedai di Simpang Dua,dekat sini.

“Mangsa dan suspek minum bersama di kedai makan, berlaku perselisihan faham sehingga menyebabkan susek menembak ke arah suspek, di bahagian kaki dan tangan mangsa.

“Suspek yang dipercayai mabuk juga telah melarikan diri dan berdasarkan maklumat diperolehi suspek turut melarikan pistol milik mangsa.

“Suspek kemudiannya bertindak menembak diri sendiri dalam kereta lebih kurang beberapa kilometer daripda tempat kejadian,”katanya lagi.

Yahya berkata pemeriksaan lanjut di kenderaan tersebut mendapati suspek berusia 62 tahun itu telah menembak dirinya sendiri dan disahkan meninggal dunia.

“Polis juga menemui sepucuk pistol jenis semi-auto jenis RAMI P keluaran Czech Republic beserta kelopak peluru di celah kelangkang suspek.

“Sepucuk “shot gun” jenis GECO double barrel turut ditemui di tempat duduk sebelah pemandu,”katanya ketika dihubungi pagi Sabtu.