Oleh:Nazialita Geynna Maharan

BATU GAJAH: Hanya dalam tempoh masa sejam gerai bermula, sebanyak 25 kilogram sotong bersaiz besar Gred A akan habis terjual.

Itulah penangan Burger Sotong yang diusahakan peniaga muda Faizal Hanifah di gerainya di Kampung Senteng, Batu Gajah.

Sejak memperkenalkannya kepada orang ramai November lepas Burger Sotong Faizal mendapat permintaan tinggi sehingga menjadi igauan kepada yang tidak berpeluang merasainya.

burger sotong 5Pemuda berusia 26 itu sebelum ini berniaga burger biasa namun mendapat inspirasi memperkenalkan satu kelainan menggantikan daging dengan sotong.

Keyakinannya didorong bahawa burger menggunakan inti sotong merupakan sesuatu yang unik.

“Setahu saya, Burger Sotong tidak ada di mana-mana…inilah gerai burger pertama yang lain daripada lain. Ada sebuah gerai menjual burger sotong di Dungun,Terengganu namun ianya berkonsepkan teknik membakar atau grill.

“Pada saya, istimewanya burger sotong kami adalah pada sos perapannya yang merupakan resipi istimewa isteri saya.

Ramai kata sotong tidak hanyir dan lembut apabila dimakan,”katanya ketika ditemui Suara Perak di hadapan rumahnya yang tidak putus menerima kunjungan pelanggan bermula jam 6.30 petang.

Jelasnya, walaupun perniagaannya agak baru namun tempahan yang diterimanya sangat banyak.

Katanya ada waktu-waktunya beliau tidak dapat memenuhi tempahan orang ramai berikutan stok sotong segar yang agak terhad dari Sungai Besar, Selangor.

“Sekarang, saya dah tak nak terima tempahan bermula awal pagi sebab tak adillah buat yang merantau jauh.

Mereka datang semata-mata nak merasa tetapi akhirnya kempunan kerana ramai pelanggan yang sudah menunggu ketika saya buka gerai 6.30 petang,”jelasnya.

Menurut Faizal ada pelanggannya yang sanggup datang dari Pahang, Kedah, dan Selangor setelah mendapat tahu mengenai keenakan Burger Sotongnya.

Faizal berkata, antara cabaran menyediakan menu ini adalah memotong daging sotong kerana ianya agak sukar dan liat namun segalanya menjadi lebih mudah dan enak selepas melalui proses penambahbaikan secara berperingkat.

“Isteri bekerja di kilang dan saya hanyalah seorang menjual produk langsung.

Alhamdullilah, kini rezeki kami lebih baik sejak berniaga Burger Sotong. Harap-harap bisnes ini akan terus berjaya di masa hadapan,”ujarnya merendah diri.burger sotong 6

Menurut Faizal, beliau sendiri berasa puas hati kerana dapat menyediakan burger itu dalam harga berpatutan dan diminati ramai kerana dia mengganggap perniagaan itu juga satu sedekah.

“Untung tak banyak sebenarnya, ramai kata kenapa tak jual dengan harga lebih mahal, tetapi saya rasa ianya cukup untuk menanggung perbelanjaan harian dan biarlah pelanggan mampu merasanya,”katanya.

Antara menu yang menjadi kegilaan ramai sehingga adalah Burger Sotong yang berharga RM10. Burger lain termasuk Oblong Sotong (RM10), Oblong Twister (RM7), Nasi Sotong Special (RM10).

Gerai Burger Sotong ini beroperasi Waktu dari jam 6.30sehingga stok sotong segar tersebut habis dijual.

Untuk tempahan hubungi Faizal di talian +60 11-3602 6253.