NILAI: Polis daerah ini memburu seorang lelaki berusia 30-an yang didakwa menunjukkan kemaluan kepada dua pelajar di Desa Cempaka di sini, Rabu dan Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata suspek didakwa menghampiri mangsa dan berpura-pura mahu bertanyakan sesuatu.

“Suspek kemudian melondehkan seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pelajar terbabit sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal kuning.

“Kedua-dua kejadian berlaku ketika mangsa pulang dari sekolah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zaldino berkata, orang awam atau saksi yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Asisten Superintendan Rashid Kassim, di talian 012-5183594 – berita harian