SERI ISKANDAR : Kerajaan negeri mencadangkan Pusat Pertanian Titi Gantung, Bota dinaik taraf menjadi pusat pengajian dan penyelidikan yang diletakkan di bawah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, ini kerana kerajaan negeri melihat pusat pertanian itu berpotensi menjadi pusat pengajian dan penyelidikan.

mb pertanian2
Menurut beliau, kerajaan negeri telah mewujudkan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan tempat-tempat atau pusat latihan yang diwujudkan kerajaan Persekutuan boleh dijadikan sebagai kolej universiti dan diletakkan di bawah USAS.

“Saya hendak menjelaskan kita bukan hendak ambil alih, boleh diteruskan dan dinaikkan nilai…kalau dulu hanya dikeluarka sijil tetapi ditawarkan diploma, degree, master dan PhD,” katanya.
Dr. Zambry berkata demikian kepada pemberita setelah merasmikan Festival Seni Budaya Negeri Perak dan JKKK Kampung Teluk Kepayang bersempena Pemukiman Daerah Perak Tengah pada Khamis.
mb pertanian4
Hadir sama Exco Pelancongan Kesenian Kebudayaan Komunikasi dan Multimedia Perak, Datuk Nolee Ashlin Mohd Radzi, ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.
Terdahulu mereka mengadakan lawatan ke Pusat Pertanian Titi Gantung.
mb pertanian3
Ditanya mengenai permasalahan rakyat, Dr. Zambry berkata kebanyakan masalah yang dikemukaka rakyat telah pun diselesaikan oleh wakil-wakil rakyat mereka.
“Dalam konteks Parit dan Bota saya rasa dari segi permasalahan itu tidak begitu rumit, kami hanya memberi tumpuan kepada perkara-perkara besar yang telah dijanjikan. Cuma mengambil masa untuk melasaknakan.
“Umpamanya hospital daerah di Seri Iskandar yang telah pun diluluskan jadi kita minta supaya dapat disegerakan,” ujar beliau.

Related posts