ISKANDAR PUTERI – Cadangan untuk membawa pemansuhan hukuman mati ke Parlimen akan diputuskan oleh jemaah Kabinet sebelum Parlimen bersidang bulan hadapan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, keputusan itu akan mengambil kira pendapat semua pihak yang berkenaan.

“Keputusan muktamad akan dibuat sebelum Parlimen bersidang. Kita ambil berat pandangan yang telah diberikan oleh semua pihak.

“Kita juga kena memahami perasaan daripada pihak anggota keluarga mangsa yang telah pun kehilangan insan kesayangan jadi ini kena ambil kira,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak cadangan kompleks mahkamah yang baharu di Kota Iskandar dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status terkini cadangan pemansuhan hukuman mati untuk semua akta. – BERNAMA