LUMUT: Kementerian Pendidikan bercadang menetapkan urusan temuduga bagi mengambilan guru-guru baharu di buat di negeri-negeri tidak lama lagi.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan itu bagaimanapun masih lagi diperingkat perbincangan pihak kementerian.

Beliau menjelaskan bahawa pengambilan guru-guru baharu ketika ini dibuat melalui pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) manakala urusan temuduga pula dicadangkan dibuat di negeri-negeri.

“Kertas kerja mengenai cadangan itu akan kita bawa kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan dan pihak kementerian sedang menunggu untuk mengadakan rundingan dengan pihak suruhanjaya berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Guru Bersama Masyarakat Guru Pembina Negara Bangsa Peringkat Negeri Perak 2016 di Sekolah Kebangsaan Nakhoda Muhammad Taib, Segari, Lumut pada Ahad.