TELUK INTAN: Lembaga Air Perak (LAP) mengenakan caj air rumah ibadat, termasuk surau dan masjid, 67 peratus lebih rendah daripada caj domestik.

a59ddbe5-f832-48d5-a2d6-7d6d469de5e6Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, selain daripada itu, mereka turut menikmati air percuma 20 meter padu pertama.

Menurut beliau, caj air rumah ibadat selepas 20 meter padu hanya 0.34 sen satu meter padu berbanding 1.03 sen caj domestik.

“Ini juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) LAP yang kita laksanakan lebih 20 tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Madrasah baru Al-Ahmadiah Perumahan Awam Jalan Padang Tembak di sini pada Jumaat.

5f0e85bd-78c1-4b82-ab64-17bb6dd1c0ccHadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jong, Datuk Azhar Jamaludin dan Pengerusi Madrasah Al-Ahmadiah, Zamri Kasiran.

Madrasah baru bernilai RM921,000 itu siap dibina pada 25 Ogos lalu bagi menggantikan surau lama yang telah digunakan sejak tahun 1971.

Zainol berkata, hampir 2,000 rumah ibadat termasuk surau, masjid, kuil dan tokong di seluruh negeri menikmati kadar murah itu.

Sementara itu, di dalam ucapannya, Zainol berkata, pembinaan bangunan baru itu membuktikan kerajaan negeri komited untuk memenuhi janji yang dibuat ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan lalu.

Azhar di dalam ucapannya pula meluluskan sumbangan enam biji penghawa dingin dan kos pembinaan dataran madrasah berkenaan.

832ca9a4-6bb9-494f-9240-76992757d915

Zamri pula mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu di dalam merialisasikan madrasah yang boleh memuatkan lebih 300 jemaah pada satu-satu masa.