IPOH: Program Ipoh Car Free Day bulan April kalike-18 ini telah berjaya menarik hampir 9,000 wargakota Ipoh di Jalan Raja Dihilir pagi ini.

Program pada kali ini bertemakan Hari Buku Antarabangsa turut menarik kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Antara aktiviti yang telah diadakan adalah senamrobik, soccer kids, pemeriksaan kesihatan oleh KPJ dan gunting rambut dan solekan oleh Euphoria Academy.

car free 1

Antara aktiviti menarik lain adalah Kayuhan Jom Baca Buku@ Ipoh Car Free Day, Photo Challenge, Bengkel Fotografi, Bengkel Pengendalian Drone, Ipoh Pinky Fun Walk dan ZUMBA.

Program pada kali ini dimeriahkan dengan kehadiran Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria yang tidak pernah melepaskan peluang untuk bersama-sama wargakota Ipoh di sepanjang program tersebut.

Ia turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, pegawai serta kakitangan bandaraya itu.

Menurut Zakuan, program itu diharap akan menjadikan Ipoh sebuah bandar rendah karbon serta menarik kehadiran wargakota untuk bersantai pada hujung minggu.

Aktiviti ini juga diharapkan dapat memeriahkan Tahun Melawat Perak 2017.