BEIJING: Sebuah syarikat pengurusan harta menggunakan cara yang luar biasa untuk ‘mengajar’ seorang pemandu yang enggan membayar kos parkir di timur laut China, pada Selasa.

Kejadian itu yang berlaku di Benxi, wilayah Liaoning apabila pemandu kereta terbabit tidak mahu membayar parkir apabila pengawal keselamatan memintanya berbuat demikian.

CapturePemandu wanita itu turut bertelagah dengan pengawal keselamatan tersebut dan tanpa rasa bersalah meninggalkan keretanya di luar pondok keselamatan.

Tindakan wanita itu menyebabkan laluan masuk terhalang dan menyukarkan kenderaan lain memasuki kawasan tersebut.

-mStar