SHAH ALAM: Pendakwa raya dalam perbicaraan bunuh Ketua Pegawai Ekselutif Cradle Fund, Nazrin Hassan mahu mencadangkan beliau dibunuh sebelum ditemui dengan kesan terbakar di biliknya.

Dalam kenyataannya di hari pertama perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran berkata bedah siasat pertama mendapati kematian Nazrin akibat komplikasi “letupan dan kecederaan-kecederaan tusukan tumpul (blast and blunt penetrating injuries)”.

Sementara bedah siasat kedua menunjukkan kematian Nazrin akibat “pelbagai hentaman tumpul ke kepala (multiple blunt impact to head)”.

“Keterangan akan menunjukkan si mati tidak mati dalam kebakaran tersebut. Si mati telah mati sebelum kebakaran berlaku dan kebakaran itu telah sengaja dibuat bagi menyembunyikan punca sebenar kematian si mati,” katanya.

Bedah siasat kedua dibuat atas permohonan abang Nazrin.

Mereka yang dituduh atas pembunuhan Nazrin adalah balunya, Samirah Muzaffar, 44, 2 remaja lelaki berusia 17 dan 14, serta seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes antara 11.30pm pada 13 Jun 2018 dan 4 pagi keesokan harinya.

Pasukan pembelaan diketuai peguam, Muhammad Shafee Abdullah dan LE Leonard.

Raja Rozela berkata pasukan pendakwaan akan bergantung kepada keterangan-keterangan langsung, keterangan ikut, keadaan, keterangan pakar dan keterangan dokumentar bagi mengaitkan tertuduh-teruduh dengan kesalahan seperti di dalam pertuduhan.

Pasukan pembelaan akan mula menyoal jurugambar polis yang ke rumah tersebut selepas bomba diberitahu pada 14 Jun.