SEBUAH cermin ‘berhantu’ yang dimiliki kapten kapal Titanic bakal dijual pada harga lebih £10,000 (RM47,773).

Cermin berusia 110 tahun itu dikatakan akan dirasuk oleh roh Edward John Smith, setahun sekali dan ia ditinggalkan di kediamannya sebelum dia meninggal dalam tragedi Titanic.

Pada 1912, pekerja kepada kapten berkenaan membawa pulang cermin tersebut ke rumahnya sebelum ia mula menghantui mereka.

Hasil cerita dari saudara maranya, dia sering melihat wajah Kapten Smith dalam cermin itu, setiap kali tibanya ulang tahun tragedi Titanic.

Sejak itu, cermin berkenaan diserahkan secara turun-temurun oleh keluarganya dan kini dimiliki oleh David Smith, yang sudah menyimpannya selama lima tahun.

Cermin itu dijangka akan dilelong dalam satu acara di Lichfields, Staffs, pada Disember ini.

Selain cermin itu, pemenang lelongan itu juga akan menerima satu surat tyulisan tangan yang menerangkan mengenai artifak itu.

Menurut Richard Winterton yang bakal mengendalikan acara lelong cermin berkenaan, pembeli bertuah seharusnya berasa bangga kerana cermin itu bakal menginjak usia 107 tahun pada April tahun hadapan.

“Kapten Smith pastinya ‘meninggalkan’ bayangan wajahnya dalam cermin itu, maka tak hairanlah kenapa ia selalu muncul setiap kali tibanya ulangtahun Titanic,” katanya.

Untuk rekod, kapal Titanic yang membawa 2,240 penumpang karam pada 15 April 1912, setelah melanggar apungan ais di perairan Newfoundland, Atlantik Utara.

Tragedi itu menyebabkan kematian lebih 1,500 penumpang sebelum kisahnya diangkat dalam filem yang dilakonkan oleh Kate Winslet dan Leonardo Di Caprio pada tahun 1997. – Mirror.UK.