IPOH: Satu kejadian cerun runtuh berlaku di Kilometer 176.40 Jalan Gerik – Jeli petang semalam, menyebabkan laluan berkenaan terpaksa ditutup satu lorong kepada pengguna jalan raya.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 6.00 petang melibatkan kawasan jalan sepanjang 40 meter.

Bagaimanapun, kejadian tidak membabitkan sebarang insiden yang tidak diingini kepada pengguna jalan raya.

Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Perak telah mengambil langkah segera membersihkan semula jalan di lokasi kejadian.