BAGAN DATUK – Kementerian Dalam Negeri (KDN) beri jaminan akan mengambil tindakan tegas selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) terhadap pihak-pihak yang menerbitkan akhbar tanpa mendapat permit yang sah dari pihak berwajib .

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan wujud pihak yang menerbitkan akhbar dalam negara ini secara haram dan diedar menerusi vendor dan kedai-kedai bertujuan untuk menyebar fitnah terhadap kerajaan ketika ini.

“Tunggu selepas PRU-14, sesuatu akan dilakukan oleh pihak KDN, ini bukan amaran tetapi tindakan yang pasti akan dilakukan.

“Namanya (akhbar) adalah untuk ahli-ahli sahaja tapi sebenarnya saya dapat naskah akhbar itu di vendor-vendor dan kedai jual akhbar,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas program bersama masyarakat India anjuran MyPPP di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang, di sini pada Ahad.

Tambah beliau, kesemua pihak yang terlibat dalam penerbitan sebarang akhbar tidak sah untuk menyebarkan fitnah pasti tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Tunggu..buat lah fitnah, buat lah berita palsu, ya lepas pilihan raya tidak akan terlepas daripada sebarang tindakan..terima kasih kepada mereka kerana melakukan fitnah ini, silakan teruskan usaha itu…tunggu 9 Mei nanti,” tegas beliau.

BERITA BERKENAANPendedahan Propaganda Jahat DAP Bukti Telahan BN Benar – Ahmad Zahid