KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei telah membuatkan semua rakyat Malaysia berbangga dengannya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Datuk Lee Chong Wei kamu buat semua rakyat Malaysia berbangga dengan kamu! Persembahan kemahiran hebat dan semangat berjuang,” kata perdana menteri dalam akaun Twitter beliau.

Beliau mengulas kejayaan Chong Wei yang memenangi kejuaraan perseorangan lelaki kejohanan All England buat kali keempat dengan mengalahkan pemain China, Shi Yuqi dalam perlawanan akhir di Arena Barclaycard, Birmingham, England malam Ahad.