PUTRAJAYA: Seorang lelaki etnik Rohingya yang melarikan diri daripada Pusat Kuarantin COVID-19 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM), Tanjung Rambutan semalam, sudah ditahan semula.

Perkara itu disahkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“(Lelaki terbabit) sudah ditangkap, yang lari sudah ditangkap dan dimasukkan balik ke hospital (untuk dikuarantin),” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, hari ini.