IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sedang menjalankan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan di sekitar kawasan bangunan miliknya di sini.

Menurut kenyataan MBI, kerja-kerja disinfeksi/pembersihan ini telah bermula semalam hingga 31 Mac 2020.

Selepas bangunan MBI, kerja-kerja itu akan diteruskan di pelbagai lokasi seperti medan selera, pasar awam dan taman-taman rekreasi.

Proses itu merupakan antara langkah MBI untuk memastikan tahap kebersihan serta membendung mengawal penularan wabak COVID-19 di kawasan-kawasan awam yang berisiko untuk terdedah kepada penyebaran wabak ini.

“Semoga usaha dan inisiatif ini dapat membantu mengawal penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini,” kata kenyataan itu.