IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menjalankan siasatan berhubung isu kesalahan penulisan notis Bahasa Inggeris di Pusat Penerangan Pelancongan Perak di sini, yang tular di dalam media sosial.

Menurut kenyataan MBI yang dikeluarkan hari ini, siasatan mendapati ianya berpunca dari kecuaian seorang anggotanya yang bertugas di pusat berkenaan.

Menurut kenyataan itu, pihak MBI akan memanggil anggota tersebut untuk mendapatkan penjelasan terperinci bagaiman keadaan tersebut boleh berlaku.

“Sekiranya didapati terdapat kecuaian yang jelas dan kesilapan tersebut dilakukan tanpa memikirkan risiko kepada pihak Majlis, pihak MBI akan memberi surat tunjuk sebab kepada anggota supaya penjelasan secara bertulis dapat direkodkan,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, sekiranya didapati terdapat kecuaian dan kesilapan yang telah dilakukan, anggota bekenaan akan diberikan surat amaran keras serta nasihat supaya isu seumpama ini tidak akan berulang di masa hadapan.