PETALING JAYA: Seorang pelajar Tingkatan Dua kritikal selepas cuba membunuh diri ekoran dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.

Pelajar dari Nibong Tebal itu mengunci diri dalam biliknya pada Rabu malam selepas dibawa pulang ke rumah oleh guru kelasnya.

Selepas itu, remaja perempuan itu dipercayai cuba menggantung dirinya dengan suatu lilitan.

“Saya cuba untuk membuka pintu bilik itu dan membuat CPR sebelum membawanya ke hospital,” kata bapanya, berusia 50-an.

The Star turut melaporkan pelajar berusia 14 tahun itu turut meninggalkan nota kepada ibu bapanya, menafikan dia mencuri malah tidak mahu menyusahkan mereka.

Pelajar itu kini dirawat Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya. – MSTAR