Tatau: Seorang lelaki ditahan polis selepas menembak isterinya menggunakan senapang buatan sendiri di sebuah pondok di Sungai Sangan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah isterinya berusia 21 tahun yang ketika itu sedang tidur sehingga menyebabkan mangsa cedera di lengan kanan.

Ketua Polis Daerah Tatau Deputi Superintendan Dennis Bunyam berkata, keluarga mangsa segera menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, sepasukan anggota bergegas ke lokasi dan menahan suspek yang turut mengalami kecederaan kerana mengelar lehernya menggunakan parang.

“Siasatan awal tidak menolak kemungkinan suspek bertindak sedemikian kerana masalah mental yang dihadapinya.

“Mangsa dan suspek dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh,” katanya ketika dihubungi.

-myMetro