Subscribe Now

Trending News

Cuba Curi Motosikal, Diberkas Orang Awam
Nasional

Cuba Curi Motosikal, Diberkas Orang Awam 

SUNGAI BULOH – Seorang lelaki yang cuba mencuri sebuah motosikal diberkas orang awam dalam kejadian di Blok E, Apartmen Laguna Biru, Kuang di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, perbuatan suspek bersama seorang lagi rakannya disedari orang awam yang berada di kawasan tempat letak motosikal di apartmen tersebut.

Ketua Polis Sungai Buloh, Superintendan S. Somu berkata, suspek berusia 26 tahun itu dipercayai cuba mematahkan pemegang sebuah motosikal jenis Yamaha Y15.

“Pengadu bersama rakannya yang menyedari kejadian itu telah bertindak menghampiri suspek.

“Rakan suspek melarikan diri menaiki sebuah motosikal manakala suspek telah berjaya ditangkap dan berlaku pergelutan sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Katanya, suspek telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan kerana dipercayai mengalami kecederaan ketika bergelut.

“Siasatan awal mendapati, dua lagi pemegang motosikal telah dirosakkan dan dipercayai untuk dicuri.

“Suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes samun berkumpulan dan kita masih mengesan dua lagi suspek yang masih bebas,” jelasnya.

Katanya, suspek direman selama empat hari sehingga Khamis ini untuk tindakan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-6156 1222. – K! ONLINE

Related posts