Pengenalan duti eksais untuk minuman bergula yang sepatutnya dimulakan pada 1 April ini ditunda kepada 1 Julai 2019.

Ketua Pengarah kastam Subromaniam Tholasy berkata langkah itu bagi memberi masa cukup kepada pihak industri membuat persediaan.

Ia juga, kata Subromaniam, bagi membolehkan kastam membuat persiapan termasuk mengadakan siri jerayawara dan melesenkan pengilang minuman bergula bawah Akta Eksasais 1976.

Dalam kenyataan hari ini, Subromaniam juga berkata kerajaan juga menaikkan nilai ambang kandungan gula daripada 5 gram per 100 mililiter kepada 7 gram bagi produk berasaskan susu yang mengandungi laktosa.

Ia bagaimanapun tidak termasuk susu soya.

“Kenaikan nilai ambang ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap usaha untuk terus menggalakkan pengambilan produk berasaskan susu yang mengandungi paras kandung gula yang lebih sihat di kalangan pengguna,” katanya.

Jumlah 5 gram itu diumumkan dalam pembentangan Belanjawa2019 pada tahun lalu.

Bagi jus buah-buahan dan sayur-sayuran pula, cukai dikenakan kekal untuk produk yang mengandungi gula lebih 12 gram per 100 militer.

Duti eksais itu ditetapkan pada kadar 40sen seliter bagi produk yang dikilangkan dalam bentuk pembungkusan sedia diminum – Malaysiakini