IPOH: Usaha mempromosikan Perak sebagai destinasi pelancongan akan diperhebatkan walau apapun dasar yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Pengerusi Perak Tourism Management Berhad, Datuk Mohd Kamil Shafie berkata, pihaknya akan terus melaksanakan program yang dirancang sepanjang Tahun Melawat Perak 2017.

Menurutnya, pihaknya juga akan mematuhi dasar-dasar mengenai pelancongan yang telah diputuskan oleh kementerian berkenaan.

“Apapun, kita akan terus promosikan Perak dan kita akan mengikuti dasar yang ditetapkan oleh kementerian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan di pusat membeli belah Ipoh Parade di sini pada Sabtu.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak Management Berhad, Zuraida Md Taib dan Eksekutif Kanan Pengiklanan dan Perhubungan Awam Ipoh Parade, Amira Fasha Jamil.

cukai-pelacongan 2

Kamil diminta mengulas mengenai cukai pelancongan yang akan dilaksanakab mulai 1 Julai ini, yang menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalam.

Sementara itu terdapat 16 gerai menjual makanan dan keperluan Hari Raya di dalam Bazar Ramadan di Ipoh Parade yang bertemakan Irama & Memori Aidilfitri.

Kamil berharap, usaha Ipoh Parade patut dicontohi oleh lain-lain pusat membeli belah di Perak kerana selain memberi peluang perniagaan kepada usahawan tempatan, ia juga memberi pilihan kepada pengunjung untuk membeli belah.

 

cukai-pelacongan 3