PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki ditemui mati dipercayai menembak diri sendiri di dalam tandas sebuah kolej swasta di Subang Jaya.

Pelajar yang berusia 19 tahun itu mencuri pistol di kelab menembak sebelum menembak dirinya.

Mayat pelajar itu ditemui oleh penjaga kolej pada pukul 5.56 petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, mayat mangsa ditemui bersama-sama dengan pistol di sebelahnya.

“Pelajar itu telah belajar di kolej itu lebih kurang 10 bulan.

“Dia juga ahli kelab menembak sejak 2015,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, mangsa didakwa mencuri senjata dari kelab itu kira-kira dua jam sebelum mayatnya ditemui.

“Ayah mangsa juga menyatakan budak lelaki itu mengalami kemurungan sejak setahun lalu,” Mohammad Azlin – mstar