Johor Bahru: Penduduk yang menunggu untuk mendaftar Rumah Impian Bangsa Johor di pusat beli-belah Galleria, di sini, dimaklumkan supaya mendaftar secara dalam talian pada 5 petang tadi.

Pengurus butik kecantikan, Zainureeza Zainuddin, 28, berkata dia dan keluarganya berkumpul seawal 8 pagi kerana tidak mahu melepaskan peluang mendaftar Rumah Impian Bangsa Johor.

“Saya tidak sangka boleh mendaftar atas talian dan ia mengakibatkan ada sesetengah penduduk kecewa.

“Namun saya dan keluarga berpendapat pendaftaran dalam talian lebih sesuai kerana keadaan di sini tidak terkawal,” katanya.

Sementara itu, seorang usahawan dari Batu Pahat, Zainureena Zain, 23, berkata dia dan ahli keluarganya bercuti semata-mata untuk mendaftar Rumah Impian Bangsa Johor.

“Saya dan ahli keluarga akan membuat pendaftaran dalam talian dan berharap ia berjaya,” katanya.