Klang: Biarpun pengalaman aneh berkaitan alam mistik antara yang kerap ditempuh penggali kubur dan pengurus jenazah, ia tidak mematahkan semangat seorang pemuda untuk terus menunaikan keperluan fardu kifayah sejak lebih 12 tahun lalu.

Ruzaini Amran, 29, yang juga anak bongsu daripada lapan beradik nekad memilih kerjaya itu ketika berusia 17 tahun.

Menurutnya, sejak berusia tujuh tahun, dia sudah meminati bidang pengurusan jenazah dan sering kali mengambil peluang pergi menghadiri upacara pengebumian di sekitar Kampung Idaman, di sini.

“Saya sememangnya sudah terbiasa melihat jenazah sejak kecil, malah setiap kali ada orang yang meninggal dunia, saya yang paling sibuk.

“Ketika masih bersekolah rendah, saya pernah dihalau kariah masjid yang menguruskan jenazah kerana usia saya terlalu muda untuk memandikan mayat,” katanya.

-myMetro