IPOH – DAP Perak menggesa polis segera menjalankan siasatan kehilangan RM16 bilion, jumlah pembayaran balik cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah seperti yang didedahkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Adun Keranji, Chong Zhemin berkata, siasatan itu perlu dijalankan bagi mengambil tindakan sewa­jar­nya berhubung kehilangan wang terbabit yang sepatut­nya dikembalikan kepada pembayar cukai merangkumi syarikat, individu, persatuan dan yayasan.

“Baki yang sedia ada dalam  Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC) pada 31 Mei tahun ini hanya RM1.486 bilion. Amaun ini adalah jauh lebih rendah daripada keper­luan jumlah bayaran balik kredit cukai sebanyak RM16.046 bilion yang sepatutnya dibayar.

“Guan Eng turut mende­dahkan RM19.2 bilion hilang daripada bayaran balik input cukai barangan dan perkhid­matan (GST).

“Ia menjadikan kese­luruhan RM35.2 bilion hilang dan ia amaun yang sangat besar,”katanya selepas membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman juga sedang menyiasat berdasarkan laporan dibuat dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Pecah Amanah Jenayah – sinar