IPOH: Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man melakukan kejutan pagi ini apabila melawat anggota pembersihan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Medan Gopeng di sini.

Lawatan itu amat memeranjatkan kakitangan berkenaan dan mereka terharu kerana dilawati oleh Datuk Bandar.

Mereka cukup terharu kerana pemimpin tertinggi MBI sanggup turun padang melihat keadaan anggota pembersihan menjalankan tugas rutin serta memberikan minuman kepada mereka.

Bagi Zamri, kejayaan yang menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Terbersih di Malaysia dan MBI sebagai PBT Terbaik di Malaysia adalah kerjasama berpasukan dari keseluruhan warga MBI.

Beberapa pekerja yang ditemui melahirkan rasa kagum dengan pendekatan yang dipraktikkan oleh Datuk Bandar dalam memastikan MBI memberikan perkhidmatan terbaik kepada wargkota Ipoh.

Mereka juga amat berbangga memiliki pemimpin yang sentiasa menjaga kebajikan dan mendengar permasalahan mereka.

Semoga pendekatan turun padang yang sentiasa menjadi amalan untuk mengatasi permasalahan wargakota akan terus mengekalkan status Ipoh sebagai Bandaraya Terbersih serta PBT terbaik di Malaysia dan dunia.