KUALA LUMPUR – “Daulat Tuanku!”. Sultan Muhammad V hari ini ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, untuk memerintah Malaysia bagi tempoh lima tahun.

Istiadat Pertabalan di Istana Negara mengikut warisan Kesultanan Melayu itu adalah bagi menguar-uarkan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia telah mempunyai ketua negara yang baharu berlandaskan sistem Raja Berperlembagaan.

Sultan Muhammad V, 47, sebelum ini melafaz sumpah memegang jawatan itu, pada 13 Dis lepas, bagi menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahannya pada tarikh tersebut.

Malaysia adalah satu daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan sistem penggiliran pemerintahan itu adalah satu-satu yang seumpamanya di dunia.

Istiadat Pertabalan itu disaksikan kira-kira 800 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut menyaksikan acara gilang-gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri daripada ketua-ketua Diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Tiupan serunai diiringi paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D’Raja Kelantan yang memainkan lagu ‘Raja Bertabal’ berkumandang di dalam Balairung Seri, Istana Negara, sebaik sahaja Sultan Muhammad V menyempurnakan lafaz ikrar Yang di-Pertuan Agong Ke-15.

Ia disusuli dengan laungan “Daulat Tuanku!” sebanyak tiga kali oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara Mej. Jen. (B) Datuk Mamat Ariffin Abdullah dan disahuti para hadirin di dalam Balairung Seri yang diadakan dengan penuh adat istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu.

Sejurus laungan itu, lagu ‘Negaraku’ dimainkan oleh Pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia dan berserentak dengan itu tembakan meriam sebanyak 21 das.

Istiadat Pertabalan Sultan Muhammad V itu turut disiar secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Terdahulu, Istiadat Pertabalan itu dimulakan sebaik keberangkatan masuk Sultan Muhammad V ke Balairung Seri dengan diiringi tiupan serunai dan paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D’Raja Kelantan yang mengalunkan lagu ‘Raja Berangkat’.

Keberangkatan masuk baginda didahului oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, serta diapit panglima-panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama selain diiringi oleh juruiring-juruiring baginda dan panglima-panglima lain yang membawa alat-alat kebesaran Diraja.

Cogan Alam dan Cogan Agama, kedua-duanya tongkat perak adalah sebahagian daripada alat kebesaran Diraja yang begitu signifikan dalam istiadat pertabalan dan menjadi lambang kebesaran institusi Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Malaysia.

Sultan Muhammad V yang berpakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong iaitu ‘Muskat’ (seperti kot hitam labuh) bersulam emas serta berseluar panjang bersulam di kaki dan memakai Tengkolok Diraja yang soleknya (bentuk ikatan) dinamakan ‘Dendam Tak Sudah’.

Baginda juga memakai Pending Diraja, diperbuat daripada emas bertatahkan permata delima dengan lambang Kerajaan Persekutuan tertera di tengah-tengahnya bersama-sama tali bengkung yang diperbuat daripada kain sakhlat bertekat benang emas berbunga-bunga.

Di pinggang Seri Paduka tersemat Keris Pendek Diraja yang hulunya diperbuat daripada mata keris lama dengan bersarung gading bertatahkan emas.

Seri Paduka kemudiannya bersemayam di Singgahsana di Balairung Seri itu untuk Istiadat Pertabalan.

Datuk Paduka Maharaja Lela kemudian menghadap Sultan Muhammad V bagi memohon perkenaan untuk memulakan Istiadat Pertabalan itu yang kemudian membuat pengumuman bahawa istiadat itu dizahirkan selepas mendapat perkenan baginda.

Sejurus selepas itu, Datuk Paduka Maharaja Lela memohon perkenan baginda untuk membawa masuk naskah Al-Quran dan baki alat-alat kebesaran Istiadat Pertabalan ke Balairung Seri.

Kemudian, dengan iringan tiupan serunai dan paluan gendang lagu ‘Seri Istana’, Datuk Paduka Maharaja Lela diiringi Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz membawa masuk naskhah Al-Quran dan Keris Panjang Diraja yang juga merupakan Keris Kerajaan, Surat Pengisytiharan serta Warkah Ikrar yang dibawa oleh pegawai-pegawai Istana Negara lain, diikuti Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob.

Nashkah Al-Quran, yang merupakan lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara, kemudiannya disembahkan kepada Seri Paduka oleh Datuk Paduka Maharaja Lela yang disambut baginda lalu mencium naskhah suci itu dan meletakkannya di atas meja di sebelah kanan baginda.

Datuk Maharaja Lela kemudiannya menyampaikan Surat Pengisytiharan pertabalan kepada Perdana Menteri yang tampil ke hadapan Singgahsana, mengangkat sembah dan membacakan perisytiharan itu.

Ini diikuti dengan Datuk Paduka Maharaja Lela mempersembahkan Keris Kerajaan yang merupakan alat kebesaran utama negara kepada Yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka yang menerima keris berkenaan lalu menghunus dan mengucupnya, simbolik kebesaran dan kekuasaan kepada Seri Paduka, sebelum baginda menyarungkan semula keris itu dan meletakkannya di atas meja di sebelah kiri baginda.

Istiadat kemudian diteruskan dengan bacaan lafaz ikrar oleh Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk menjalankan pemerintahan seadil-adilnya bagi Malaysia, mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara serta memelihara dengan sempurna agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman.

Sebaik sahaja selesai ikrar dilafazkan, tiupan serunai dan paluan gendang dengan lagu ‘Raja Bertabal’ dimainkan, diikuti laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali oleh Datuk Paduka Maharaja Lela diikuti para hadirin di dalam Balairung Seri.

Sejurus selepas itu lagu Negaraku dimainkan sekali lagi dan serentak itu tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan.

Perdana Menteri kemudiannya sekali lagi menghadap Seri Paduka untuk mempersembahkan Ucapan Tahniah dan Taat Setia atas pertabalan baginda sebagai mewakili kerajaan dan rakyat.

Sultan Muhammad V kemudian berkenan menyampaikan Titah Diraja, sebelum Pegawai Agama Istana Negara Datuk Abd Aziz Che Yacob membacakan doa selamat.

Selepas itu, naskhah Al-Quran dibawa turun dari Singgahsana oleh Datuk Paduka Maharaja Lela sebelum menyembahkan bahawa Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-15 selamat disempurnakan.

Seterusnya, Balairung Seri sekali lagi didendangkan dengan gemersik tiupan serunai berserta gema paluan gendang yang memainkan lagu ‘Raja Berangkat’ bagi mengiringi Seri Paduka meninggalkan istiadat yang didahului Datuk Paduka Maharaja Lela dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja serta diiringi panglima-panglima yang membawa alat-alat Kebesaran Diraja.

Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, 14 Okt 2016, bagi tempoh lima tahun. – Bernama

by Taboola
Raptai Istiadat Pertabalan Agong ke-15 lancar
‘Nama orang Melayu Susah’
Saya mohon maaf: Ammar
Najib, isteri ziarah Tengku Abdullah
Cuepacs cuba buat lawak solo: Umno
Kalau tiada mendesak kenapa Hishammuddin dilantik?
by Taboola Sponsored Links
People In Jalan Khusairi Are Racing To Get These Invisible Hearing Aids
Hear.com
Visiting Japan? Stay At A Traditional Japanese Home For A Unique Experience
HomeAway
Moto Launches The Best Of Its Range: Moto M
Moto
If You Have a Phone, You Need This New Device
HDZoom360
A tale of timely tentacles: Jacob & Co’s Astronomia Octopus
Robb Report Malaysia
‘Permata Utara’ mula hilang sinar
BeritaHarian.sg
ARTIKEL BERKAITAN
Istiadat Pertabalan Agong ke-15
Istiadat Pertabalan Agong ke-15 bermula
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V
Sistem raja berperlembagaan jamin kestabilan negara
Sultan Muhammad V
Pertabalan Agong: 200 anggota trafik kawal lalu lintas
Sultan Muhammad V
Profil Sultan Muhammad V
Ambil tindakan kerana arah buka baju calon pramugari
Melampaui batas tatasusila: Muhyiddin
‘Wahai rakyat Malaysia, tolong cari isteriku’
by Taboola
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
5 PALING HANGAT TERKINI
Saya mohon maaf: Ammar
Pahang ranap impian JDT
Kecoh kereta halang laluan
Cedera ditembak ketika cuba curi buah pinang
Kenyataan Pas gambarkan parti bongkak: Mahfuz

‘Awak tak terasa ke saya marah ni?’
Titah pembesar suara masjid disambung ke Istana Telipot
Guru jadi AJK Umno pula bagaimana?
Dana 1MDB: Nasharudin ‘kunci mulut’
Kedutaan AS gembira rakyat Malaysia dibenar pulang
Rafizi berdepan hukuman jika dakwaan tidak benar
by Taboola

COVER HARI INI
Edisi Utara
EDISI UTARA
Edisi Johor
EDISI JOHOR
Edisi Kelantan
EDISI KELANTAN
Edisi Melaka & Negeri Sembilan
EDISI MELAKA & NEGERI SEMBILAN
Edisi Pahang
EDISI PAHANG
Edisi Perak
EDISI PERAK
Edisi Selangor & Kuala Lumpur
EDISI SELANGOR & KUALA LUMPUR
Edisi Terengganu
EDISI TERENGGANU
Edisi Utara
EDISI UTARA
Edisi Johor
EDISI JOHOR
#Kitalah Malaysia
‘Nama orang Melayu Susah’
Tugas sukarela tidak pilih kaum, agama
Tarian singa rai pengantin Melayu
Koleksi Siri Wacana Sinar
Bukan pusat judi sponsor dana PKR
Anak muda ‘terguris poket’ kos meningkat
‘Kami tak pening pun dengan Jamal’
PR1M
Hadiah PR1M buat rezeki ibu mengandung
‘Kemenangan bermakna buat kami sekeluarga’
Tak percaya menang RM1,000
Sinar TV Sinar TV

Kopi tanpa warna pertama di dunia
Dua beradik dari United Kingdom mendapat perhatian ramai baru-baru ini selepas mengeluarkan produk ‘kopi tanpa warna’ yang pertama di dunia.
22 m Sinar TV

Angkara video viral, tiga lelaki direman
Tiga lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki di Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang, lapor Skuad Seberang Perai Utara, Muhammad…
31 m Sinar TV

Lelaki direman bantu kes pukul pelajar tahfiz
Seorang lelaki hari ini direman empat hari bagi membantu siasatan dipercayai memukul pelajar di sebuah madrasah tahfiz, lapor skuad Kota Tinggi, Masturah Suradi.
44 m Sinar TV 1

Mangsa kebakaran terima sumbangan
Mangsa kebakaran, Norhani Shazli Hashim, 28, bersyukur apabila menerima pelbagai bantuan antaranya dari pihak Info Semasa Kubang Kerian (ISKK) yang memerlukan sumbangan bantuan pakaian dan…
16 h Sinar TV
SinarOnline
@SinarOnline
Bayar RM250,000 jika mahu jawatan Bersatu? https://t.co/OuPc88vRZz https://t.co/ZgVn82Lq8n
3 h
SinarOnline
@SinarOnline
Menarik Sukan di Sinar Harian hari ini https://t.co/qPOxISgmVh
4 h
SinarOnline
@SinarOnline
Menarik Bisnes di Sinar Harian hari ini https://t.co/rRUTUtcT60
4 h
SinarOnline
@SinarOnline
Antara tajuk utama Sinar Harian hari ini: ‘Samseng Kutip Hutang’ & ‘Kereta ‘Terbang’ Di R&R’. Dapatkan naskhah anda. https://t.co/hfktRDCbJx
5 h

SinarOnline
@SinarOnline
Antara tajuk utama Sinar Harian esok: ‘Samseng Kutip Hutang’, ‘Suspek Bekas Banduan’, ‘Kereta ‘Terbang’ Di R&R’. Da… https://t.co/2YkXyV4uXV
13 h
SinarOnline
@SinarOnline
Menarik Sukan di Sinar Harian esok https://t.co/jgvlQVXke4
14 h

Umno Tasek Gelogor dakwa Bersatu rapuh
Kukur kelapa di Terengganu mungkin tidak begitu dikenali generasi muda hari ini, apatah lagi kehidupan moden kini ia dianggap kurang releven digunakan, lapor skuad Hulu Terengganu, Noor…
17 h Sinar TV

Penduduk Segamat perlu rebut peluang bertani
Penduduk di Segamat, Johor yang terlibat dalam bidang pertanian dan perladangan diminta mengambil peluang dalam menjadikan kawasan itu sebagai daerah pertanian dan agro-pelancongan, Skuad…
17 h Sinar TV

Aktiviti kukur kelapa jadi sukaneka di Hulu Terengganu
Kukur kelapa di Terengganu mungkin tidak begitu dikenali generasi muda hari ini, apatah lagi kehidupan moden kini ia dianggap kurang releven digunakan, lapor skuad Hulu Terengganu, Noor…
17 h Sinar TV

Angkara video viral, tiga lelaki direman
Tiga lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki di Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang, lapor Skuad Seberang Perai Utara, Muhammad…
17 h Sinar TV
SinarOnline
@SinarOnline
Menarik Sisipan Bisnes di Sinar Harian esok https://t.co/SgvTB1fXil
14 h

SinarOnline
@SinarOnline
Hubungan diplomasi Malaysia – China terus diperkukuh
22 h
SinarOnline
@SinarOnline
Sektor pelancongan Sabah berada landasan terbaik https://t.co/BwN2YXKnYo https://t.co/zJHm4gAtmh
23 h
SinarOnline
@SinarOnline
Isu potong kaki: Madrasah sedia bagi kerjasama https://t.co/LB75mhgrcT https://t.co/LTNrqQxvTI
23 h
SinarOnline
@SinarOnline
Larian Obor KL2017 dapat sambutan menggalakkan https://t.co/ti2VXYjs5m https://t.co/3xbvkncv87
1 d
SinarOnline
@SinarOnline
Lelaki direman bantu siasatan kes pukul pelajar https://t.co/ARw4TsqLtx https://t.co/5IsxBt9OHr
1 d

SYARAT & PENAFIAN | PENGIKLANAN | HUBUNGI KAMI | KERJAYA

BUKU
‘You tak solat, tak solat bermakna tak patuh agama’

RESEPI
Nasi campur RM2.50

NOVEL
Sayangku Cik Tiramisu: Bab 4

FAMILI
Sahkah cerai sms, luar mahkamah?

BUSANA
POPLOOK perkenal koleksi Occasion

STAILO
Dua Model baharu Citroen

PERSONALITI
Bidang guaman jadi pilihan Zizaleena
Resolusi terbaik pada 1024 x 768
© 2012 All Rights Reserved • Karangkraf Media Group
© 2012 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Media Karangkraf