IPOH: Sambutan perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya disambut sederhana tetapi meriah dalam suasana perpaduan yang erat antara rakyat berbilang kaum di negeri ini.

22e5c3cd-d552-49f8-89cb-4631c4b5cbfcSambutan perayaan utama bagi penganut agama Hindu itu turut diraikan dengan rumah terbuka yang dihadiri rakyat berbilang kaum.

Antara yang menjadi tumpuan di Ipoh ialah kediaman bekas ahli Exco kerajaan negeri, Tan Sri G Rajoo di Taman Lim di sini.

Sejak kira-kira jam 12 tengahari, rakyat berbilang kaum, rakan taulan serta sahabat handai mula membanjiri rumah beliau sehingga kira-kira jam 2.30 petang.

Antara yang kelihatan ialah rakan-rakan seangkatan beliau daripada UMNO, MCA dan MIC.

Rajoo yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang selama empat penggal (1992 – 2008) cukup sinonim dengan sifat lemah lembut dan baik hatinya.

982aecfc-48b1-4a44-8a49-887ac63d78c8

f6344ba6-f562-4376-9da1-d0ae976f3f52   a17b476d-0380-4599-b0d3-6807ab933f21

Tidak hairanlah, walaupun tidak lagi menjadi wakil rakyat, kediaman beliau sentiasa menjadi tumpuan setiap kali perayaan Deepavali yang menyediakan pelbagai juadah seperti nasi briyani, tosei, satay dan cendol.