PETALING JAYA – Seorang pelajar perempuan cedera di bahagian kepala akibat dipercayai dibuli beberapa pelajar sekolah yang sama, semalam.

Zarey Mikael, individu yang memuat naik gambar mangsa berkata, anak kepada rakannya itu dibuli sehingga ‘bocor’ kepala dalam kejadian di SMK Bandar Sri Damansara 2.

16939179_1315988175111241_5612065152259886156_n

Bagaimanapun, mangsa telah dihantar ke hospital dan mendapatkan rawatan. Mangsa yang masih memakai pakaian yang dibasahi darah itu mengalami luka sepanjang 2 inci di bahagian atas kepala.

Difahamkan bapa mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. – The Reporter