KUALA LUMPUR: Seorang wanita kini berdepan masalah dengan ah long gara-gara hutang sebanyak RM700,000 oleh bekas suami.

Tan Lee Yin, 83, dari Batu Pahat berkata, dia bercerai dengan suaminya berusia 41 tahun, dua tahun lalu kerana hutang judinya.

Namun katanya, dia terus diburu ah long.

“Malah mereka menggangu ibu saya,” katanya.

Lee Yin berkata, pada 25 Julai lalu, lima lelaki menaiki MPV hitam datang ke rumah ibunya di Parit Sulong, Johor, dan menuntit wang RM700,000.

Katanya, bapanya telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya keesokan hari demi keselamatan.

“Tapi ah long tersebut datang lagi, meninggalkan telefon nombor mereka dan minta untuk berunding,” katanya, sambil menambah bahawa tidak dipastikan di mana bekas suaminya berada.

Ibu dua anak itu berkata, dia tidak lagi tahan dengan keadaan itu dan membuat laporan di balai polis Kluang pada 26 Julai lalu.

Bagaimanapun, ah long memberitahu bahawa mereka tidak bimbang dengan polis.

“Mereka kata sekiranya apa-apa berlaku kepada mereka, kami perlu berhati-hati. Saya sangat takut sehingga langsung tidak mahu keluar rumah.

“Tolonglah lepaskan kami. Cari lah dia (bekas suami). Jangan ganggu keluarga saya lagi,” rayunya selepas perjumpaan dengan Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong.

Lee Yin berkata, ah long masih kembali ke rumah ibunya sehingga 2 Ogos lalu.

“Mereka menampal salinan MyKad ibunya di tiang-tiang lampu, menuduhnya sebagai penipu,” katanya.

Chong berkata, ah long menyimbah cat biru dan merah di rumah ibu Lee Yin pada 27 Julai dan 2 Ogos lalu.

Beliau menggesa ah long untuk tidak menganggu Lee Yin dan keluarganya, sambil menambah mereka tidak terlibat dengan hutan berkenaan – mstar