PENOREH getah dihukum penjara 16 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, selepas mengaku bersalah merogol anak tirinya berusia 14 tahun, pada Mei lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 48 tahun dan memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap.

Mengikut pertuduhan, lelaki didakwa merogol anak tiri daripada 10 beradik yang tinggal bersamanya itu di sebuah rumah di Kuala Krai, pada 8.30 malam, 27 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian itu terbongkar selepas mangsa memaklumkan perkara itu kepada kakak angkatnya sebelum laporan polis dibuat pada 16 Jun lalu – hmetro