Subscribe Now

Trending News

Dipenjara Enam Bulan Akibat Hantar DVD Lucah Dan Nota Kepada Ibu Tunggal
Dalam Negeri

Dipenjara Enam Bulan Akibat Hantar DVD Lucah Dan Nota Kepada Ibu Tunggal 

PARIT – Seorang buruh dihukum penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang ibu tunggal dengan menghantar sekeping cakera video digital (DVD) lucah beserta sekeping nota pada Jumaat lalu.

Majistret Mohd. Fitri Sadarudin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Megat Amir Asrul Megat Shaharuddin,35, berkuatkuasa daripada tarikh tangkapannya pada Sabtu lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 52 tahun dengan memberikan sekeping DVD lucah dan kertas bertulisan tangan mempunyai ayat yang tidak senonoh dengan maksud untuk mengganggu kesantunan wanita itu.

Megat Amir Asrul didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira pukul 7.15 pagi di hadapan sebuah rumah di Kampung Bakong Mukim Lambor Kiri, Bota di sini pada 22 Disember lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Inspektor Hamidah Hamzah manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Harbans Kaur.

Kosmo! Isnin lalu melaporkan, polis menahan seorang buruh yang menghantar sekeping DVD lucah bersama sekeping nota bertulisan tangan sebagai umpan untuk mengajak seorang janda melakukan hubungan seks.

Wanita itu menemui DVD tersebut yang diselitkan pada pintu rumahnya di Kampung Bakong Mukim Lambor Kiri, Bota di sini.

Berdasarkan nota yang ditinggalkan, lelaki tersebut akan datang ke rumah wanita itu pada pukul 12 tengah malam untuk melakukan perbuatan keji itu.

Ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis syabu.   – K! ONLINE

Related posts