SEORANG lelaki baru-baru ini cedera selepas terjatuh ke dalam ‘lukisan’ sedalam 8 kaki (2.4 meter) di Muzim Yayasan Seralves di Porto, Portugal.

Menyangkakan ia adalah palsu seperti lukisan tiga dimensi (3D), jadi dia memutuskan untuk memijaknya untuk mengetahui kebenarannya.

Direka oleh penggiat seni warga Britain, Anish Kapoor pada 1992, seni yang dinamakan “Descent Into Limbo” merupakan ilusi optik yang kelihatan seperti bulatan hitam yang dicat pada lantai.

Ia direka untuk kelihatan sepeti ‘bulatan maut’ untuk menimbulkan pengalaman yang menggayatkan.

Bagaimanapun, seorang pelancong Itali yang berkunjung ke muzium itu mahu merasai pengalaman lebih daripada itu.

Walaupun beberapa tanda amaran dan seorang pekerja ditugaskan untuk memastikan pengunjung selamat, lelaki itu terlepas untuk menguji kebenaran dengan memijaknya.

Dia mengalami kecederaan selepas terjatuh sedalam2.4 meter, tetapi sekurang-kurangnya dia berpuas hati dengan rasa ingin tahunya.

Seorang wakil Muzium Yayasan Serralves memberitahu pemberita bahawa lelaki berkenaan dimasukkan hospital selepas insiden itu.

Dia bagaimanapun telah dibenarkan keluar hospital dan pulih. – odditycentral