IPOH: Seorang penggangur yang terlibat dengan kes menyamun seorang warga Rusia kecundang apabila dia berjaya dikesan polis  dua jam selepas melakukan jenayah tersebut.

Ketua Polis Daerah Polis Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata saspek telah berjaya ditahan oleh polis yang membuat rondaan di kawasan berhampiran Taman Dr Seenivasagam Jala Raja Musa Aziz sekitar jam 4.20 pagi.

Katanya saspek yang berumur 42 tahun menaiki motosikal jenis Honda Wave didapati dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika ditahan, pihak polis telah membuat pemeriksaan hasil dan mendapati satu beg silang berwarna hitam bersama suspek, di mana pihak polis telah menjumpai satu passport warga Rusia.

“Selain itu, pemeriksaaan di dalam bakul motosikal tersebut turut menjumpai sepasang baju uniform pengawal keselamatan berwarna biru dan sebuah telefon bimbit jenama HuaWei berwarna emas,”katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Dalam kejadian sekitar 2 pagi Selasa, mangsa warga Rusia telah membuat laporan polis berkaitan kejadian samun yang menimpa dirinya di kawasan kedai Eltean Medan Istana, Bandar Meru Raya, dekat sini.

Mohd Ali berkata kesemua barang tersebut telah dirampas dan suspek telah ditahan dipercayai berhubung kait dengan laporan oleh warga Rusia tersebut.

Jelasnya, suspek yang tidak bekerja dan berumur 42 tahun itu ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.