SERDANG: Seorang lelaki tempatan ditembak suspek menunggang motosikal di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Serdang di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa dikatakan berdiri di hentian bas depan sekolah berkenaan sebelum ditembak secara tiba-tiba oleh seorang daripada dua suspek bermotosikal.

Nombor pendaftaran dan model motosikal ditunggang suspek belum dapat dipastikan.

Mangsa yang memakai seluar jeans biru dan T-shirt putih terbaring dengan kesan tembakan, dipercayai lebih dari tiga das.

Difahamkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Mohd Rusdi Daud, akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat – berita harian