PETALING JAYA : Sudah ada 130 kerusi – itu jumlah sokongan kerusi Parlimen yang diperoleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika ini, menurut sumber.

Katanya, jumlah berkenaan dicapai melalui persetujuan kolektif membabitkan Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), UMNO, serpihan PKR, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sumber itu memaklumkan, kehadiran beramai-ramai ke Hotel Sheraton, di sini, malam ini, adalah bagi menunjukkan bahawa kesepakatan sudah dicapai dan ia bukan lagi cakap kosong mana-mana pihak.

“Ia juga akan membabitkan perubahan di beberapa negeri, iaitu Kedah dan Perak. Apapun, ia adalah sejarah negara dan simbol penyatuan di negara ini.

“Ini juga penyatuan keluarga besar umat Islam dan kita berharap ia akan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya. -BH