PORT DICKSON: Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini menghadiri program Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR Sesi 2018/2021 di sini.

Perdana Menteri yang tiba pada jam 8.47 malam disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kehadiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut dimeriahkan dengan hidangan kek dan pulut kuning sempena ulang tahun kelahiran beliau ke-94 baru-baru ini.

Sesi Pemukiman PKR selama tiga hari sehingga Ahad ini menampilkan pemimpin dan ahli PKR termasuk Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin akan menyampaikan ucapan pada hari kedua sesi pemukiman itu selain ucapan oleh tujuh Naib Presiden.

Terdahulu, Dr Wan Azizah dan Anwar tiba di sesi pemukiman itu kira-kira jam 5 petang.

Antara pimpinan yang hadir pada sesi itu ialah Setiausaha Agung

PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar; dan Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun

 

-BERITAHARIAN