IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengadakan pertemuan dan sesi dialog bersama para pengamal perubatan untuk memberi inspirasi dan idea berhubung isu kesihatan di negeri ini.

Dr Zambry berkata, pengamal perubatan amat dekat dengan masyarakat oleh kerana kekerapan golongan itu dijadikan sebagai rujukan tidak kira di hospital kerajaan atau swasta.

“Pertemuan sebegini bukan pertama kali dianjurkan bahkan sudah banyak kali saya dapat berjumpa dengan pengamal perubatan ini yang rata-ratanya doktor pelbagai bidang.

“Sudah tentu mereka tahu apa yang kerap kali terjadi dalam komuniti disebabkan selalu berinteraksi. Bukan hanya sekadar isu kesihatan bahkan merangkumi keselamatan, kebersihan dan pemakanan, ” katanya di Majlis Makan Malam dan Sesi Dialog bersama Pengamal Perubatan anjuran Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia Cawangan Perak di Kediaman Menteri Besar pada Selasa.

WhatsApp Image 2017-04-26 at 00.09.15WhatsApp Image 2017-04-26 at 00.09.12WhatsApp Image 2017-04-25 at 22.48.22

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Intergrasi Nasional, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru, Datuk Dr Mah Hang Soon serta Doktor Pakar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Dr Kirubakaran Malapan.

Sesi dialog tersebut turut menghimpunkan lebih 300 pengamal perubatan di Perak selain membincangkan secara santai isu semasa seperti masalah parkir kereta di HRPB, kebersihan bandar raya Ipoh serta pengunaan beg plastik.

Dalam pada itu Menteri Besar turut menyalurkan peruntukan berjumlah RM 100,000 kepada Persatuan Pengamal Perubatan Malaysia Perak bagi tujuan perkhidmatan kesihatan khusus buat masyarakat.