PUSING: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sempat menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terbabas di Pusing pada petang Selasa.

Difahamkan,Dr Zambry sedang dalam perjalanan menuju ke Program Permukiman Daerah Manjung sebelum melalui kawasan insiden berkenaan.

Selepas itu,mangsa yang cedera telah dipapah oleh Dr Zambry dan orang ramai menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan segera di hospital berdekatan.

Dalam komen laman sosial Facebook beliau, beliau turut menghargai bantuan dan tindak balas yang segera oleh pengguna jalan raya yang lain.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada orang ramai yang perihatin membantu segera mangsa.

“Kepada ambulan Manjung yang dalam perjalanan pulang ke Manjung, saya ucapkan terima kasih kerana sudi menghantar mangsa ke Hospital Batu Gajah. Anda semua adalah contoh rakyat yang baik, perihatin, dan kasih sayang,”ujarnya dalam komen beliau.