IPOH: Setiap kali Ramadan, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak lupa untuk meraikan golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim, orang kurang upaya (OKU) dan pelajar maahad tahfiz.

8eda658b-d052-4c9e-b7ef-983090ce2732Tahun ini, Dr Zambry berbuka puasa bersama-sama kira-kira 3,000 anak yatim, pelajar tahfiz dan OKU di kediaman rasmi beliau di sini pada Ahad.

Pengerusi Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR), Datuk Azhar Ahmad berkata, mereka datang daripada 30 maahad tahfiz dan rumah-rumah kebajikan di seluruh negeri Perak, termasuk sebuah daripada Kajang, Selangor yang diuruskan oleh anak Perak.

“Memang menjadi kelaziman Dr Zambry akan meraikan golongan ini setiap kali Ramadan, sejak beliau menjadi Menteri Besar,” katanya kepada pemberita selepas program itu.

Guru Al-Quran Masjidil Haram yang juga Imam Masjid Kaaki, Mekah, Sheikh Usama Muhammad Iqbal mengimamkan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

“Bulan Ramadan mempunyai rahsia yang cukup besar kerana di dalam bulan ini juga manusia menjadi pemurah dan manusia menjadi pemaaf,” ujarnya.

Di dalam majlis itu, Dr Zambry turut menyerahkan sumbangan kepada maahad tahfiz dan rumah-rumah kebajikan di samping duit raya kepada semua yang hadir.

bc45798f-9214-4483-9055-de5f1a70452e

Dalam pada itu, Azhar memberitahu, KADIR juga menganjurkan program Ehya Ramadan yang melibatkan pelbagai golongan seperti guru agama, imam, penjawat awam kumpulan rendah dan masyarakat Orang Asli, selain qiamullail.

af3a88c6-9070-4951-b154-f99ab3934917  91aa944d-1134-44e1-b6fc-8b6831e182b7